Latest News

Hukumnya Menabur Bunga Mencurah Air Tahlil Di Kubur Yang Kita Ziarahi?


Hukumnya Menabur Bunga  Mencurah Air Tahlil Di Kubur Yang Kita Ziarahi? | Kadang-kadang timbul kekeliruan dalam diri kita bolehkah kita menabur bunga dan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi. Baca selanjutnya dengan niat untuk menambah ilmu.
-
-
Hukumnya Menabur Bunga  Mencurah Air Tahlil Di Kubur Yang Kita Ziarahi? 

Berkenaan dengan menabur bunga, saya merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004. Mereka telah membincangkan Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.

Oleh itu, dapatlah saya rumuskan bahawa amalan membawa bunga dan menabur bunga di kubur tidak menepati ajaran Islam dan tidak mempunyai dalil yang sahih daripada hadis-hadis Nabi SAW.

Begitu juga dengan amalan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi, amalan ini juga tidak mempunyai sandaran yang kukuh mahupun dalil yang sahih. Oleh itu adalah menjadi satu kewajaran bagi umat Islam untuk menghafal bacaan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya semasa menziarahi kubur.

Bacaan itu ialah, “Assalamu alaikum ahlad diyar minal mukminin wal muslimin. Wa inna insyaAllahu lalahiqun. As’alullaha lana wa lakumul ‘afiah." (Hadis riwayat al-Imam Muslim. No. 975).

Maksud bacaan ini ialah, “Sejahtera ke atas anda semua penghuni tempat tinggal di kalangan orang-orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya dengan izin Allah, kami akan menyusuli. Saya memohon daripada Allah agar mengurniakan kepada kami dan anda semua kesejahteraan".

Semoga Allah mengampuni semua orang yang beriman yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin.

Jawapan ini disediakan oleh Ustaz Dr. Fadlan Mohd. Othman.


0 Response to "Hukumnya Menabur Bunga Mencurah Air Tahlil Di Kubur Yang Kita Ziarahi?"