Latest News

6 Perkara Mesti Buat Sebelum Pergi Bercuti

6 Perkara Mesti Buat Sebelum Pergi Bercuti | Sebelum anda berangkat bercuti tidak kira di dalam mahupun luar negara, pastikan anda melakukan perkara-perkara ini. 

Ini kerana ia bukan hanya dapat melancarkan perjalanan anda sepanjang percutian bahkan memastikan keselamatan anda juga turut terjamin. 

Persediaan sebelum melangkah keluar dari rumah untuk pergi bercuti memerlukan sekurangnya sehari atau dua hari sebelumnya. Jadi, kami Senaraikan perkara-perkara yang mesti anda buat sebelum pergi bercuti. 

Kemas dan Periksa
Kebiasaannya kita mula mengemas keperluan percutian sehari sebelum berangkat. Disebabkan ini jugalah kerapnya barangan keperluan yang tertinggal di rumah. Ia adalah digalakkan supaya percutian itu hanya membawa barangan yang penting dan paling mudah adalah dengan menyenaraikan segalanya di dalam satu nota.

Letakkan pakaian yang ingin dibawa ke dalam beg tarik serta barangan solekan dalam satu beg kecil bersama keperluan mandian. Setelah itu, buat pemeriksaan untuk kali ke-2 agar tiada yang tercicir. Jika anda bercuti dengan menaiki kapal terbang pastikan barangan yang anda bawa tidak melebih had dan berat yang ditetapkan. Periksa keadaan kenderaan anda jika anda berjalan jauh dengan kenderaan milik anda. 

Kemas Rumah
Pastikan anda mengemas rumah anda sehari sebelum berangkat ke percutian idaman anda. Anda akan berasa gembira dan tenang apabila pulangnya dari bercuti melihat keadaan rumah yang dalam keadaan yang teratur dan kemas.

Jangan lupa untuk memeriksa segala suis di rumah anda ditutup serta tingkap dan pintu dikunci dengan betul agar rumah sentiasa berkunci untuk mengelakkan kecurian ketika ketiadaan anda di rumah. 

Sediakan segala dokumen yang diperlukan
Bagi yang bercuti ke luar negara, adalah dinasihatkan untuk anda menyediakan segala dokumen yang diperlukan sebelum keluar dari rumah untuk ke lapangan terbang. Antara dokumen penting seperti pasport, visa jika perlu, kad pengenalan, dokumen masuk kapal terbang, kad bank dan salinan pakej percutian anda jika anda menggunakan khidmat pemandu pelancong.

Ia amatlah digalakkan untuk anda membuat dua salinan segala dokumen penting ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ketika berada di luar negara. Pastikan jika anda akan ke destinasi yang memerlukan visa, faktorkan sekali tempoh permohonan visa dan bila ia boleh siap untuk kutipan semula kerana ada beberapa negara yang perlukan beberapa hari untuk proses pasport anda. 

Hubungi pihak bank
Jika anda bercuti ke luar negara, pastikan anda mengaktifkan terlebih dahulu kad ATM anda untuk kegunaan luar negara. Ini akan membolehkan menggunakan sistem perbankan yang ada di luar negara untuk proses pengeluaran wang tunai kelak. 

Selesaikan segala tugasan
Sebelum bercuti, selesaikan terlebih dahulu segala tugasan anda di rumah atau pun di pejabat. Ini akan memudahkan anda apabila pulang dari bercuti. Bahkan cuti anda juga tidak terganggu dengan deringan panggilan telefon dari pejabat meminta anda menghantar emel atau membuat urusan jarak jauh. 

Beritahu teman atau keluarga
Percutian ke luar negara biasanya haruslah diberitahu kepada sahabat atau pihak keluarga anda. Ini bertujuan untuk memastikan mereka tahu di mana anda berada untuk mengelakkan sebarang permasalahan lebih teruk jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. Selamat bercuti! 

sumber: kamithemedia.blogspot.com 

0 Response to "6 Perkara Mesti Buat Sebelum Pergi Bercuti"