Astagfirullahalazim ! 2000 Muslim Bertukar Agama Kerana Subsidi Makanan | Parti pembangkang terkuat India memprotes Parti Hindu Bharatiya Janata, BJP kerana membiarkan 2000 warga Muslim India dibaptis menjadi pemeluk agama Hindu.
Al Jazeera melaporkan Rabu (10/12/2014), hal itu terjadi di Kota Agra dan dilakukan secara paksa oleh kelompok parti sayap kanan Rashtriya Swayamsevak Sangh, RSS.
“Ini masalah serius, menarik kaum miskin menukar agama dengan cara memberi kad subsidi makanan,” kata Mayawati, pemimpin Parti Dalit di Parlemen.
Selanjutnya, parti pembangkang itu meminta pemeritah untuk menjamin adanya kebebasan agama bagi kaum minoriti India.
“Parlimen dan negara perlu memberi jaminan, tidak ada pelanggaran konstitusi,” kata Anand Sharma, pemimpin Kongres India.
Sehari setelah berita tentang pertukaran agama itu tersebar di media-2 massa setempat, sejumlah keluarga Muslim mengaku mereka bertukar agama tanpa paksaan.
“Kami diberitahu, akan mendapat kad subsidi makanan bernama Aadhar, sehingga polis tidak mampu menghalang kami,” tutur salah seorang warga setempat. “Kami adalah warga miskin, apa yang harus kami lakukan?” sambungnya.
Jaringan televisyen NDTV melaporkan, seorang petugas polis mengadukan kes ini. Pengaduan itu dilakukan setelah seorang warga Muslim di kawasan kumuh Agra, mengaku diajak tukar agama kerana mereka akan diberikan kad subsidi makanan oleh parti tersebut.
Kota Agra dikenali sebagai pusat warga Muslim dan menjadi lokasi Taj Mahal.
0 Response to "Astagfirullahalazim ! 2000 Muslim Bertukar Agama Kerana Subsidi Makanan"