Latest News

Berhati-hati Dalam Menyebarkan Berita Di WhatsApp atau Wechat

Berhati-hati Dalam Menyebarkan Berita Di WhatsApp atau Wechat | CYBERJAYA: Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri. 

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). 

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan: 

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474,Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan 

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang 

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamatterakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan 

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan 

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. 

Kerjasama mereka amat dihargai. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh jugamenghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC. 

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. 

MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. 

Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. 

sumber : kamithemedia.blogspot.com

0 Response to "Berhati-hati Dalam Menyebarkan Berita Di WhatsApp atau Wechat"