Latest News

Kerajaan Brunei Haramkan Sambutan Krismas Kepada Rakyatnya

Kerajaan Brunei Haramkan Sambutan Krismas Kepada Rakyatnya | Brunei mengharamkan perayaan hari Krismas kerana bimbang umat Islam di sana akan terpesong akidah, kata Kementerian Hal Ehwal Ugamanya pada Khamis.

Larangan tersebut diwartakan berikutan sambutan Krismas bulan lalu yang memperlihatkan ramai rakyatnya memakai pakaian menyerupai ‘Santa Claus’.

Fenomena ini menimbulkan kebimbangan kepada negara itu sekali gus memperkenalkan undang-undang baharu tersebut.Pada April tahun lepas, Brunei turut mengumumkan pelaksanaan undang-undang hudud.

Jurucakap negara itu enggan mengulas secara langsung mengenai larangan tersebut, tetapi menyebut satu kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Disember oleh kementeriannya yang berkata perbuatan meniru ritual atau perayaan bukan Islam boleh dilihat sebagai penyebaran agama selain agama Islam."

"Sebagai contoh, pada sambutan Krismas, kanak-kanak Islam, remaja dan orang dewasa dilihat memakai topi atau pakaian yang menyerupai Santa Claus.

"Mengikut ajaran Islam, penganut agama lain yang hidup di bawah pemerintahan sebuah negara Islam, boleh menjalankan amalan agama mereka atau meraikan perayaan agama mereka dalam kalangan masyarakat mereka dengan syarat sambutan tersebut tidak didedahkan atau dipaparkan secara terbuka kepada umat Islam.

"Umat Islam perlu berhati-hati untuk tidak meniru perayaan seperti ini yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Islam, kerana tanpa disedari boleh merosakkan akidah umat Islam," kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, perniagaan yang mempamerkan hiasan Krismas sebelum ini telah diarah untuk diturunkan dan mereka yang terlibat memberikan kerjasama

Read more: http://hmetroo.blogspot.com/2015/01/kerajaan-brunei-haramkan-sambutan.html#ixzz3OIC0bPBu

0 Response to "Kerajaan Brunei Haramkan Sambutan Krismas Kepada Rakyatnya"