Kontrak Pengacara Melodi Zulin Aziz Dan Sherry Al Hadad Ditamatkan | Pengacara Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz dikatakan telah disingkirkan daripada mengacarakan program hiburan sensasi Melodi kerana prestasi mereka yang kurang memberangsangkan dan membuatkan rating program tersebut jatuh.
Kontrak Pengacara Melodi Ditamatkan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, koontroversi, Program Melodi TV3
Namun, menurut penerbit Melodi Michelle Wee pihak TV3 membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka adalah kerana ingin membuat pembaharuan pada tahun 2015 dan bukanlah kerana rating program tersebut yang jatuh.
“Kedua-dua mereka sudah tamat kontrak pada Disember 2014 iaitu selama enam bulan sahaja dan ia tiada kena mengena dengan rating atau masalah disiplin sepanjang mereka bersama Melodi.”
Tambah Michelle Wee, sepanjang enam bulan pengacara tersebut mengendalikan Melodi, rating program tersebut masih sama seperti sebelum ini.
“Sepanjang mereka mengendalikan Melodi rating sama seperti sebelum ini iaitu ada naik dan turun. Tentang penonton suka dan tidak itu adalah perkara biasa bagi semua pengacara Melodi, ada yang suka ada yang tidak.”
Buat Zulin Aziz dan Sherry Al Hadad mereka merasa cukup bertuah dan bersyukur kerana diberikan peluang mengacarakan program hiburan popular Malaysia bersama Awal Ashaari.
“Memang kontrak kami selama enam bulan sahaja dan sepanjang tempoh itu, kami bersyukur kerana diberi peluang untuk sama-sama bergandingan dengan Awal Ashaari.”
Selepas ini mereka akan bergandingan menerusi program terbaharu berjudul Diva di TV9 bermula 17 Januari depan.
0 Response to "Kontrak Pengacara Melodi Zulin Aziz Dan Sherry Al Hadad Ditamatkan"