Latest News

Zul Ariffin Tunjukkan Lakonan Berkualiti

Zul Ariffin Tunjukkan Lakonan Berkualiti | Kenyataan keluar bukan kerana Zul Ariffin mahu berlagak atau mendabik dada dengan status beliau kini yang semakin popular dan diterima ramai kerana lakonan berkesan namun ianya satu kenyataan untuk menepis dakwaan lapuk yang beliau popular kerana kontroversi.

Pelakon berusia 28 tahun ini berkata sejak awal kemunculan beliau dalam dunia seni, beliau sering dilemparkan tuduhan popular kerana gosip liar selain menumpang populariti orang lain.

“Sekarang saya sudah buktikan bahawa saya seorang pelakon yang berkualiti. Saya ingin orang kenali saya kerana hal yang berkaitan dengan kerjaya dan bukannya kontroversi atau pun gosip liar. Saya sangat suka orang menghargai karier seni saya tapi kurang gemar untuk mendedahkan hal peribadi saya kepada umum,” ujarnya kepada Mangga Online.
Selepas mencipta nama menerusi drama bersiri Rindu Awak 200%, Zul Ariffin kini digandingkan bersama pelakon baru Faey Khusairy menerusi drama terbaru berjudul Istikharah Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

0 Response to "Zul Ariffin Tunjukkan Lakonan Berkualiti"